Thursday 5 January 2012

Tiket Piala Sumbangsih Dijual Sabtu Ini

TIKET perlawanan pembuka tirai Liga Malaysia 2012 merebut Piala Sumbangsih antara pasukan Kelantan menentang Negeri Sembilan akan mula dijual di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Amin berkata, FAM mencetak 45,000 keping tiket setakat ini.
“Semalam, kita telah serahkan 30,000 tiket kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) untuk dijual di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi hari ini bermula jam 9 pagi.
Sementara itu, Hamidin menolak dakwaan sesetengah pihak yang membuat andaian pertukaran gelanggang perlawanan Piala Sumbangsih Sabtu ini akan memberi kelebihan sokongan kepada pasukan Negeri Sembilan.
Katanya, pertukaran gelanggang perlawanan berkenaan dibuat atas beberapa faktor antaranya musim tengkujuh di Kelantan selain tidak mahu menganggu jadual perlawanan yang telah diaturkan.
“Keputusan yang diambil ini juga berdasarkan ramalan keadaan cuaca hujan di Kota Bharu oleh Jabatan Kaji Cuaca dan ia sememangnya telh dipersetujui oleh kedua-dua pasukan,” katanya.
Beliau berkata, FAM sememangnya telah membuat analisis dan mengumpul maklumat sebelum sebarang keputusan diambil demi kebaikan semua pasukan yang bertanding.
“Sekiranya perlawanan tetap diadakan di Stadium Muhammad IV dan keadaan cuaca buruk sehingga perlawanan dibatalkan sudah tentu penyokong kedua-dua pihak tidak berpuas hati.
“Kita juga bimbang jika perlawanan ditunda ia akan menjejaskan jadual pertandingan bola sepak yang telah disusun sepanjang tahun ini,” katanya.

Petikan dari KELATE.net

Countdown  . . .2 hari lagi tuuuuu .. . Agumano wehhh,Orang kampung g blako ko tuuu?Debaran makin di rasai dan kehangatannya semakin di rasai . .
GO FOR MORE!!!!!!!!


No comments:

Post a Comment